Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أتى جنازةً في أهلِها؛ فلهُ قيراطٌ، فإنِ اتَّبعَها؛ فلهُ قيراطٌ، [ فإنْ صلَّى عليهَا ؛ فلهُ قِيراطٌ ]، فإنِ انتظرَها حتى تُدفنَ؛ فلهُ قِيراطٌ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mendatangi jenazah yang berada bersama ahli keluarganya akan mendapat satu qirat, sekiranya dia mengikutnya (ke perkuburan) baginya satu lagi qirat, sekiranya di solat ke atasnya baginya qirat dan sekiranya dia menunggu sehingga ditanam baginya satu qirat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1752, hadis no. 8828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أتى جنازة في أهلها؛ فله قيراط، فإن اتبعها؛ فله قيراط، [فإن صلى عليها؛ فله قيراط]، فإن انتظرها حتى تدفن؛ فله قيراط.)) [البزار، ((الضعيفة)) (5003)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang mendatangi jenazah yang berada bersama ahli keluarganya akan mendapat satu qirat, sekiranya dia mengikutnya (ke perkuburan) baginya satu lagi qirat, sekiranya dia solat ke atas jenazah baginya satu qirat dan sekiranya dia menunggu sehingga ditanam baginya satu qirat.)) [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5003].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman