TEKS BAHASA ARAB
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: بينا نحن جلوس بفناء رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إذ مرت امرأة، فقال رجل من القوم هذه ابنة محمد،، فقال أبو سفيان: إن مثل محمد في بني هاشم مثل الريحانة في وسط النتن، فانطلقت المرأة، فأخبرت النبي – صلى الله عليه وسلم -، فخرج النبي – صلى الله عليه وسلم – يعرف الغضب في وجهه، فقال: "ما بال أقوال تبلغني عن أقوام، إن الله تبارك وتعالى خلق السماوات، فاختار العليا، فأسكنها من شاء من خلقه، ثم خلق الخلق فاختار من الخلق بني آدم، واختار من بني آدم العرب، واختار من العرب مضر، واختار من مضر قريشاً، واختار من قريش بني هاشم، واختارني من بني هاشم، فأنا من بني هاشم، من خيار إلى خيار، فمن أحب العرب فبحبي أحبهم، ومن أبغض العرب فببغضي أبغضهم
TEKS BAHASA MALAYSIA
Daripada Abdullah bin Umar R.anhuma berkata: “Ketika kami duduk di perkarangan Rasulullah SAW, telah berjalan seorang wanita . Kemudian seorang lelaki daripada kaum berkata: Ini ialah anak perempuan Muhammad. Berkata Abu Sufyan: Sesungguhnya perumpamaan Muhammad pada Bani Hasyim seperti wangian di pertengahan bau busuk. Lalu wanita itu berlalu pergi dan memberitakan kepada Nabi SAW. Kemudian, Nabi SAW keluar dan terpancar di wajah Baginda kemarahan. Baginda berkata: Percakapan apa yang telah sampai kepadaku daripada kaum-kaum, sesungguhnya Allah menciptakan langit-langit dan memilih yang tinggi lalu meletakkan sesiapa yang dikehendaki daripada makhluk-Nya. Kemudian Dia menciptakan makhluknya, lalu Dia memilih daripada makhluk itu Bani Adam, lalu Dia memilih daripada Bani Adam bangsa arab, lalu Dia memilih daripada bangsa arab itu Bani Mudhor, lalu Dia memilih daripada Bani Mudhor bangsa Quraish, lalu Dia memilih daripada bangsa Quraish Bani Hasyim, lalu Dia memilih daripada Bani Hasyim maka aku daripada Bani Hasyim. Daripada yang terbaik kepada yang terbaik. Barang siapa yang mencintai arab maka dengan kasihku maka aku akan mengasihinya. Barang siapa yang membenci arab maka dengan kebencianku, aku membenci mereka."
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1682, hadis nombor 8483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, Abu Nu’aim dalam al-Dalail, Ibn Qudamah dalam al-‘Uluw dan al-‘Iraqi dalam Mahajjah al-Qarb.
Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.