TEKS BAHASA ARAB
من كان يحب الله عز وجل ورسوله؛ فليحب أسامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mencintai Allah ‘Azza wa Jalla dan rasul-Nya, maka hendaklah dia menyayangi Usamah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis nombor 2643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة –رضي الله عنها-، قالت: لا ينبغي لأحد أن يبغض أسامة بعد ما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من كان يحب الله عز وجل ورسوله؛ فليحب أسامة)). [حم، ((الضعيفة)) (4642)].
(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Tidak patut bagi sesiapa pun untuk membenci Usamah selepas saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang mencintai Allah ‘Azza wa Jalla dan rasul-Nya, maka hendaklah dia menyayangi Usamah.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4642].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.