TEKS BAHASA ARAB
من طلب الدنيا حلالا استعفافا عن المسألة وسعيا على أهله، وتعطفا على جاره، بعثه الله يوم القيامة، ووجهه مثل القمر ليلة البدر، ومن طلبها حلالا متكاثرا بها مفاخرا لقي الله وهو عليه غضبان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mencari dunia secara halal, menahan diri daripada meminta-minta, berusaha untuk keluarganya dan berlaku baik kepada jirannya, Allah akan membangkitkannya di hari Kiamat dalam keadaan wajahnya umpama bulan pada malam purnama. Manakala barang siapa yang mencari (dunia) secara halal, saling berlumba-lumba mengumpul (kemewahan dan kedudukan) dan berbangga-bangga, maka dia akan bertemu Allah dalam keadaan Dia sangat murka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis nombor 3078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من طلب الدنيا حلالا استعفافا عن المسألة وسعيا على أهله، وتعطفا على جاره، بعثه الله يوم القيامة، ووجهه مثل القمر ليلة البدر، ومن طلبها حلالا متكاثرا بها مفاخرا لقي الله وهو عليه غضبان)). [حل، ((الضعيفة)) (1032)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang mencari dunia secara halal, menahan diri daripada meminta-minta, berusaha untuk keluarganya dan berlaku baik kepada jirannya, Allah akan membangkitkannya di hari Kiamat dalam keadaan wajahnya umpama bulan pada malam purnama. Manakala barang siapa yang mencari (dunia) secara halal, saling berlumba-lumba mengumpul (kemewahan dan kedudukan) dan berbangga-bangga, maka dia akan bertemu Allah dalam keadaan Dia sangat murka.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1032].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.