TEKS BAHASA ARAB
من حبس العنب أيام القطاف حتى يبيعه من يهودي أو نصراني أو ممن يتخذه خمرا، فقد تقحم النار على بصيرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang menahan (atau menyimpan) anggur pada hari pemetikan supaya dia dapat menjualnya kepada orang Yahudi atau Nasrani, mahupun kepada orang yang akan menjadikannya arak, nescaya dia telah tersungkur ke dalam api neraka dengan bukti yang jelas nyata.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596 – 597, hadis nombor 3077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عبد الله بن بريدة عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من حبس العنب أيام القطاف حتى يبيعه من يهودي أو نصراني أو ممن يتخذه خمرا، فقد تقحم النار على بصيرة)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، طس، السهمي، ((الضعيفة)) (1269)].
(Batil) Daripada Abdullah bin Buraidah daripada ayahnya RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang menahan (atau menyimpan) anggur pada hari pemetikan supaya dia dapat menjualnya kepada orang Yahudi atau Nasrani, mahupun kepada orang yang akan menjadikannya arak, nescaya dia telah tersungkur ke dalam api neraka dengan bukti yang jelas nyata.)) [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Ḍhu’afa’, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, dan al-Sahmy dalam Tarikh Jurhan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1269].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.