TEKS BAHASA ARAB
من كانت له حمولة تأوي إلى شبع (وري)، فليصم رمضان حيث أدركه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mempunyai kenderaan yang dapat menyampaikannya ke tempat yang dapat menjadikannya kenyang serta tidak berasa dahaga, maka hendaklah dia berpuasa Ramadan apabila menjumpainya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1131, hadis nombor 5706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمة بن المحبق -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله ﷺ: «من كانت له حمولة تأوي إلى شبع (وري)، فليصم رمضان حيث أدركه». [د، حم، عق، «الضعيفة» (981)].
(Lemah)
Daripada Salmah bin al-Muhabbik RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mempunyai kenderaan yang dapat menyampaikannya ke tempat yang dapat menjadikannya kenyang serta tidak berasa dahaga, maka hendaklah dia berpuasa Ramadan apabila menjumpainya."
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad dan al-Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 981].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.