Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كانت له حُمولةٌ تَأْوِي إلى شِبَعٍ (وَرِيٍّ)، فليصمْ رمضانَ حيثُ أدركهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mempunyai kenderaan yang dapat menyampaikannya ke tempat yang dapat menjadikannya kenyang serta tidak berasa dahaga, maka hendaklah dia berpuasa Ramadan apabila menjumpainya.
Sahabat Perawi
- Salmah bin al-Muhabbik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1131, hadis no. 5706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمة بن المحبق -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله ﷺ: «من كانت له حمولة تأوي إلى شبع (وري)، فليصم رمضان حيث أدركه». [د، حم، عق، «الضعيفة» (981)].
(Lemah) Daripada Salmah bin al-Muhabbik RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mempunyai kenderaan yang dapat menyampaikannya ke tempat yang dapat menjadikannya kenyang serta tidak berasa dahaga, maka hendaklah dia berpuasa Ramadan apabila menjumpainya." [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad dan al-Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 981].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman