TEKS BAHASA ARAB
من كان موسرا لأن ينكح، فلم ينكح، فليس مني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mempunyai kelapangan untuk berkahwin tetapi dia tidak berkahwin, maka dia bukan dari golonganku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis nombor 4741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي نجيح مرفوعا: ((من كان موسرا لأن ينكح، فلم ينكح، فليس مني)).
[ش، طس، هق، هب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (1934)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abu Nujaih secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mempunyai kelapangan untuk berkahwin tetapi dia tidak berkahwin, maka dia bukan dari golonganku.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Shu’ab al-Iman, dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1934].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.