TEKS BAHASA ARAB
من كن له ابنتين، أو أختين أو عمتين أو خالتين، فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة، يا عباد الله! أغيثوه، يا عباد الله! أعطوه، يا عباد الله! أقرضوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mempunyai dua orang anak perempuan atau dua orang saudara perempuan atau dua orang ibu saudara kemudian dia menanggung keperluan hidup mereka, maka akan terbukalah lapan pintu syurga buatnya. Wahai hamba Allah! Mintalah pertolongan kepadanya. Wahai hamba Allah! Berikanlah kepada Allah. Wahai hamba Allah! Berikanlah pinjaman kepada Allah.
STATUS
Sangat Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 972, hadis nombor 5016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((من كن له ابنتين، أو أختين أو عمتين أو خالتين، فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة، يا عباد الله! أغيثوه، يا عباد الله! أعطوه، يا عباد الله! أقرضوه)). [طس، ((الضعيفة)) (6862)].
(Sangat Munkar)
Daripada ‘Aishah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua orang anak perempuan atau dua orang saudara perempuan atau dua orang ibu saudara kemudian dia menanggung keperluan hidup mereka, maka akan terbukalah lapan pintu syurga buatnya. Wahai hamba Allah! Mintalah pertolongan kepadanya. Wahai hamba Allah! Berikanlah kepada Allah. Wahai hamba Allah! Berikanlah pinjaman kepada Allah”.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6862]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.