Barang siapa yang memperoleh harta melalui perbuatan-perbuatan zalim

TEKS BAHASA ARAB

من أصاب مالا من ‌نهاوش أذهبه الله في نهابر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memperoleh harta melalui perbuatan-perbuatan zalim, nescaya Allah akan menghalaunya ke neraka.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 592, hadis nombor 3044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا يصح) عن أبي سلمة الحمصي مرفوعا: ((من أصاب مالا من ‌نهاوش أذهبه الله في نهابر)). [القضاعي، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (41)].

(Tidak sahih) Daripada Abu Salamah al-Himsi secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang memperoleh harta melalui perbuatan-perbuatan zalim, nescaya Allah akan menghalaunya ke neraka. [Diriwayatkan oleh al-Quḍa'i dalam Musnad al-Shihab dan al-Ramahurmuzi dalam al-Amthal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 41].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs