Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang memperoleh harta melalui perbuatan-perbuatan zalim

Teks Bahasa Arab

مَن أصاب مالًا في نَهَاوِشَ ، أَذْهَبَهُ اللهُ في نَهَابِرَ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang memperoleh harta melalui perbuatan-perbuatan zalim, nescaya Allah akan menghalaunya ke neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Salamah al-Himsi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 592, hadis no. 3044.

(لا يصح) عن أبي سلمة الحمصي مرفوعا: ((من أصاب مالا من ‌نهاوش أذهبه الله في نهابر)). [القضاعي، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (41)].

(Tidak sahih) Daripada Abu Salamah al-Himsi secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang memperoleh harta melalui perbuatan-perbuatan zalim, nescaya Allah akan menghalaunya ke neraka. [Diriwayatkan oleh al-Quḍa'i dalam Musnad al-Shihab dan al-Ramahurmuzi dalam al-Amthal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 41].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.