Barang siapa yang memperbanyakkan zikir kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أكثر ذكر الله؛ فقد برئ من النفاق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memperbanyakkan zikir kepada Allah, maka dia telah terselamat daripada sifat munafiq.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1512, hadis nombor 7697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من أكثر ذكر الله؛ فقد برئ من النفاق.)) [طس، طص، هب، ابن شاهين، المخلدي في ((الفوائد المنتخبة))، الأزدي في ((أحاديث منتقاة))، أبو موسى المديني في ((اللطائف))، الأصبهاني، (الضعيفة)) (5120)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang memperbanyakkan zikir kepada Allah, maka dia telah terselamat daripada sifat munafiq.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Saghir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibnu Shahin, Al-Mukhlidi dalam Al-Fawaid Al-Muntakhabah, al-Azdi dalam Ahadith Muntaqa, Abu Musa al-Madini di dalam al-Lataif, dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5120].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs