Barang siapa yang memonopoli makanan selama 40 hari

TEKS BAHASA ARAB

من احتكر طعاما أربعين يوما على المسلمين ثم تصدق به لم يكن ‌له ‌كفارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memonopoli makanan selama 40 hari ke atas orang-orang Islam kemudian dia bersedekah dengannya, (perbuatan sedekah itu) tidak akan menjadi penghapus dosanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 593, hadis nombor 3055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي –رضي الله عنه– مرفوعا: ((من احتكر طعاما أربعين يوما على المسلمين ثم تصدق به لم يكن ‌له ‌كفارة)). [فر، ((الضعيفة)) (859)]

(Palsu) Daripada Ali RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang memonopoli makanan selama 40 hari ke atas orang-orang Islam kemudian dia bersedekah dengannya, (perbuatan sedekah itu) tidak akan menjadi penghapus dosanya. [Disebutkan dalam Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 859]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs