Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang memonopoli makanan selama 40 hari

Teks Bahasa Arab

مَن احتَكرَ طعامًا أربعينَ يومًا على المسلمينَ ثمَّ تصدَّق به لم يكن لهُ كفَّارةً.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang memonopoli makanan selama 40 hari ke atas orang-orang Islam kemudian dia bersedekah dengannya, (perbuatan sedekah itu) tidak akan menjadi penghapus dosanya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 593, hadis no. 3055.

(موضوع) عن علي –رضي الله عنه– مرفوعا: ((من احتكر طعاما أربعين يوما على المسلمين ثم تصدق به لم يكن ‌له ‌كفارة)). [فر، ((الضعيفة)) (859)]

(Palsu) Daripada Ali RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang memonopoli makanan selama 40 hari ke atas orang-orang Islam kemudian dia bersedekah dengannya, (perbuatan sedekah itu) tidak akan menjadi penghapus dosanya. [Disebutkan dalam Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 859]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.