Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang meminum arak, nescaya Allah murka akannya selama empat puluh pagi

Teks Bahasa Arab

من شرب الخمرَ سخط اللهُ عليه أربعين صباحًا، فإن عاد فمثل ذلك، وما يدريه لعل منيتَه تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط اللهُ عليه أربعين صباحًا، وما يدريه لعل منيتُه تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخِط اللهُ عليه أربعين صباحًا؛ فهذه عشرون ومئةُ ليلةٍ، فإن عاد؛ فهو في ردغةِ الخَبالِ يومَ القيامةِ. قيل: وما ردغةُ الخبالِ؟ قال: عرَقُ أهلِ النارِ وصديدُهم.

Teks Bahasa Melayu

"Barang siapa yang meminum arak, nescaya Allah murka akannya selama empat puluh pagi. Jika dia mengulanginya, maka seperti yang demikian juga. Dia tidak pula tahu bahawa kemungkinan ajalnya akan tiba antara malam-malam tersebut. Jika dia mengulanginya, maka Allah murka akannya selama empat puluh pagi. Dia tidak pula tahu bahawa kemungkinan ajalnya akan tiba antara malam-malam tersebut. Jika dia mengulanginya, maka Allah murka akannya selama empat puluh pagi, kesemuanya tadi ialah seratus dua puluh malam. Jika dia mengulanginya, nescaya dia akan berada dalam lumpur nanah pada hari kiamat kelak". Ditanyakan kepada baginda: "Apa itu lumpur nanah?", baginda menjawab: "Peluh dan nanah ahli neraka".

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 417, hadis no. 2245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «من شرب الخمرَ سخط اللهُ عليه أربعين صباحًا، فإن عاد فمثل ذلك، وما يدريه لعل منيتَه تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط اللهُ عليه أربعين صباحًا، وما يدريه لعل منيتُه تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخِط اللهُ عليه أربعين صباحًا؛ فهذه عشرون ومئةُ ليلةٍ، فإن عاد؛ فهو في ردغةِ الخَبالِ يومَ القيامةِ. قيل: وما ردغةُ الخبالِ؟ قال: عرَقُ أهلِ النارِ وصديدُهم». [الأصبهاني، «الضعيفة» (5242)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang meminum arak, nescaya Allah murka akannya selama empat puluh pagi. Jika dia mengulanginya, maka seperti yang demikian juga. Dia tidak pula tahu bahawa kemungkinan ajalnya akan tiba antara malam-malam tersebut. Jika dia mengulanginya, maka Allah murka akannya selama empat puluh pagi. Dia tidak pula tahu bahawa kemungkinan ajalnya akan tiba antara malam-malam tersebut. Jika dia mengulanginya, maka Allah murka akannya selama empat puluh pagi, kesemuanya tadi ialah seratus dua puluh malam. Jika dia mengulanginya, nescaya dia akan berada dalam lumpur nanah pada hari kiamat kelak". Ditanyakan kepada baginda: "Apa itu lumpur nanah?", baginda menjawab: "Peluh dan nanah ahli neraka". [Diriwayatkan oleh al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5242].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.