Barang siapa yang meminum arak dan menjadikan arak itu berada di dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima satu solat pun daripadanya selama tujuh (hari)

TEKS BAHASA ARAB

من شرب الخمر فجعلها في بطنه لم يقبل الله منه صلاة سبعا إن مات فيها (وفي رواية: فيهن) مات كافرا، فإن أذهبت عقله عن شيء من الفرائض (وفي الرواية الأخرى: القرآن) لم تقبل له صلاة أربعين يوما، إن مات فيها (وفي الأخرى: فيهن) مات كافرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang meminum arak dan menjadikan arak itu berada di dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima satu solat pun daripadanya selama tujuh (hari). Sekiranya dia mati dalam tempoh itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. Sekiranya arak itu menghilangkan akalnya daripada (melakukan) suatu kewajipan (pada riwayat yang lain: al-Quran), nescaya tidak akan diterima solat baginya selama empat puluh hari. Sekiranya dia mati dalam tempoh itu, maka dia mati dalam keadaan kafir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 378, hadis nombor 2006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من شرب الخمر فجعلها في بطنه لم يقبل الله منه صلاة سبعا إن مات فيها (وفي رواية: فيهن) مات كافرا، فإن أذهبت عقله عن شيء من الفرائض (وفي الرواية الأخرى: القرآن) لم تقبل له صلاة أربعين يوما، إن مات فيها (وفي الأخرى: فيهن) مات كافرا». [ن، طب، ابن الجوزي، «الضعيفة» (6874)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Barang siapa yang meminum arak dan menjadikan arak itu berada di dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima satu solat pun daripadanya selama tujuh (hari). Sekiranya dia mati dalam tempoh itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. Sekiranya arak itu menghilangkan akalnya daripada (melakukan) suatu kewajipan (pada riwayat yang lain: al-Quran), nescaya tidak akan diterima solat baginya selama empat puluh hari. Sekiranya dia mati dalam tempoh itu, maka dia mati dalam keadaan kafir.” [Riwayat al-Nasa'i dalam al-Sunan, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6874].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs