Barang siapa yang meminta ganti darah atau Khabal (luka), maka dia mempunyai pilihan antara tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

من طلب دما، أو خبلا والخبل: الجرح فهو بالخيار من ثلاث خلال، فإن أراد الرابعة أخذ على يديه أو قال فوق يديه: بين أن يقتص، أو يعفو، أو يأخذ بالعقل، فإن أخذ منهم واحدا ثم اعتدى بعد ذلك، فله النار خالدا فيها مخلدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang meminta ganti darah atau Khabal (luka), maka dia mempunyai pilihan antara tiga perkara. Jika dia mahu yang keempat, diambil ke atas tangannya atau atas tangannya sama ada menghukum balas, memaafkan, atau mengambil tebusan. Sekiranya dia mengambil salah satu daripadanya kemudian melampaui batas selepas itu, maka baginya neraka yang dia akan tetap kekal di dalamnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827-828, hadis nombor 4252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي شريح الخزاعي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من طلب دما، أو خبلا – والخبل: الجرح -؛ فهو بالخيار من ثلاث خلال، فإن أراد الرابعة؛ أخذ على يديه – أو قال: فوق يديه -: بين أن يقتص، أو يعفو، أو يأخذ العقل، فإن أخذ منهم واحدا ثم اعتدى بعد ذلك؛ فله النار خالدا فيها مخلدا)).
[عب، ((الضعيفة)) (6938)]

(Munkar) Daripada Abū Syuraiḥ al-Khuzā‘ī RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang meminta ganti darah atau Khabal (luka), maka dia mempunyai pilihan antara tiga perkara. Jika dia mahu yang keempat, diambil ke atas tangannya atau atas tangannya sama ada menghukum balas, memaafkan, atau mengambil tebusan. Sekiranya dia mengambil salah satu daripadanya kemudian melampaui batas selepas itu, maka baginya neraka yang dia akan tetap kekal di dalamnya.
[Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6938]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs