Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang yang beriman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من استغفر للمؤمنين؛ رد الله عليه من آدم فما دونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang yang beriman, maka Allah akan menjawab ke atasnya daripada Adam dan selainnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1540, hadis nombor 7820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من استغفر للمؤمنين؛ رد الله عليه من آدم فما دونه)). [تخ، عق، ((الضعيفة)) (5976)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang yang beriman, maka Allah akan menjawab ke atasnya daripada Adam dan selainnya.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5976]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.