Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ استغفرَ للمؤمنينَ؛ ردَّ اللَّهُ عليهِ من آدمَ فما دونَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang yang beriman, maka Allah akan menjawab ke atasnya daripada Adam dan selainnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1540, hadis no. 7820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من استغفر للمؤمنين؛ رد الله عليه من آدم فما دونه)). [تخ، عق، ((الضعيفة)) (5976)]
(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang yang beriman, maka Allah akan menjawab ke atasnya daripada Adam dan selainnya. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5976]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman