Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang lelaki dan wanita yang beriman pada setiap hari

TEKS BAHASA ARAB

من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كل يوم سبعا وعشرين مرة، أو خمسا وعشرين مرة -أحد العددين-؛ كان من الذين يستجاب لهم، ويُرزَق بهم أهل الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang lelaki dan wanita yang beriman pada setiap hari sebanyak 27 kali ataupun 25 kali -salah satu jumlah-, maka mereka adalah antara golongan yang dikabulkan (doa) bagi mereka dan dengan asbab mereka penduduk bumi diberikan rezeki.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1540, hadis nombor 7821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كل يوم سبعا وعشرين مرة، أو خمسا وعشرين مرة -أحد العددين-؛ كان من الذين يستجاب لهم، ويُرزَق بهم أهل الأرض)). [طب، ((الضعيفة)) (5974)]

(Munkar)
Daripada Abū al-Dardā’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang lelaki dan wanita yang beriman pada setiap hari sebanyak 27 kali ataupun 25 kali -salah satu jumlah-, maka mereka adalah antara golongan yang dikabulkan (doa) bagi mereka dan dengan asbab mereka penduduk bumi diberikan rezeki.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5974]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs