Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ استغفَرَ للمُؤمنينَ والمؤمناتِ كلَّ يومٍ سبعًا وعشرينَ مرَّةً، أو خمسًا وعشرينَ مرَّةً -أحدَ العدَدينِ-؛ كانَ منَ الَّذينَ يستجابُ لَهُم، ويرزقُ بِهم أَهلُ الأرضِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang lelaki dan wanita yang beriman pada setiap hari sebanyak 27 kali ataupun 25 kali -salah satu jumlah-, maka mereka adalah antara golongan yang dikabulkan (doa) bagi mereka dan dengan asbab mereka penduduk bumi diberikan rezeki.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1540, hadis no. 7821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كل يوم سبعا وعشرين مرة، أو خمسا وعشرين مرة -أحد العددين-؛ كان من الذين يستجاب لهم، ويُرزَق بهم أهل الأرض)). [طب، ((الضعيفة)) (5974)]
(Munkar) Daripada Abū al-Dardā’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang meminta ampun bagi orang-orang lelaki dan wanita yang beriman pada setiap hari sebanyak 27 kali ataupun 25 kali -salah satu jumlah-, maka mereka adalah antara golongan yang dikabulkan (doa) bagi mereka dan dengan asbab mereka penduduk bumi diberikan rezeki. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5974]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman