Barang siapa yang memiliki harta yang menyampaikannya untuk melakukan haji ke Rumah Allah (Ka'bah) atau wajib baginya untuk menunaikan zakat

TEKS BAHASA ARAB

من كان له مال يبلغه بيت ربه، أو يجب فيه زكاة – فلم يفعل -؛ سأل الرجعة عند الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memiliki harta yang boleh menyampaikannya untuk melakukan haji ke Rumah Allah (Ka’bah) atau wajib baginya untuk menunaikan zakat, namun ia tidak melakukannya, nescaya ia akan meminta untuk dikembalikan ke dunia ketika dia mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis nombor 8806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كان له مال يبلغه بيت ربه، أو يجب فيه زكاة – فلم يفعل -؛ سأل الرجعة عند الموت.)) [ت، عبد بن حميد، طب، الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4641)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’: disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang memiliki harta yang boleh menyampaikannya untuk melakukan haji ke Rumah Allah (Ka’bah) atau wajib baginya untuk menunaikan zakat, namun ia tidak melakukannya, nescaya ia akan meminta untuk dikembalikan ke dunia ketika dia mati.))
[Riwayat Sunan al-Tirmidhi, Abd Bin Humaid, al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Wahidi dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4641].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs