Barang siapa yang memiliki dua anak perempuan, dua kakak, dua ibu saudara sebelah ayah, dua ibu saudara sebelah ibu dan dia bertanggungjawab menguruskan mereka

TEKS BAHASA ARAB

من كن له ابنتان أو أختان أو عمتان أو خالتان فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة، يا عباد الله! أغيثوه، يا عباد الله! أعطوه، يا عباد الله أقرضوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memiliki dua anak perempuan, dua kakak, dua ibu saudara sebelah ayah, dua ibu saudara sebelah ibu dan dia bertanggungjawab menguruskan mereka, maka akan dibuka baginya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah! Bantulah dia (sekiranya dia memerlukan pertolongan, yakni lelaki yang memiliki ahli keluarga perempuan seperti yang disebutkan). Wahai hamba Allah! Berikanlah dia (sekiranya dia meminta sesuatu). Wahai hamba Allah! Pinjamkanlah kepadanya (sekiranya dia meminta atau memerlukan hutang

STATUS

Munkar jiddan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1651, hadis nombor 8344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال صلى الله عليه وسلم: ((من كن له ابنتان أو أختان أو عمتان أو خالتان فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة، يا عباد الله! أغيثوه، يا عباد الله! أعطوه، يا عباد الله أقرضوه)). [طس، ((الضعيفة)) (6862)].

(Sangat Munkar)
Daripada ‘Aisyah RA berkata: Nabi SAW telah bersabda: ((Barang siapa yang memiliki dua anak perempuan, dua kakak, dua ibu saudara sebelah ayah, dua ibu saudara sebelah ibu dan dia bertanggungjawab menguruskan mereka, maka akan dibuka baginya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah! Bantulah dia (sekiranya dia memerlukan pertolongan, yakni lelaki yang memiliki ahli keluarga perempuan seperti yang disebutkan). Wahai hamba Allah! Berikanlah dia (sekiranya dia meminta sesuatu). Wahai hamba Allah! Pinjamkanlah kepadanya (sekiranya dia meminta atau memerlukan hutang)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6862].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs