Munkar Jiddan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ كُنَّ لَهُ ابْنَتَانِ، أَوْ أُخْتَانِ، أَوْ عَمَّتَانِ، أَوْ خَالَتَانِ، فَعَالَهُنَّ، فُتِحَتْ لَهُ الثَّمَانِيَةُ أَبْوابِ الْجَنَّةِ. يَا عِبَادَ اللّهِ! أَغِيثُوهُ، يَا عِبَادَ اللّهِ! أَعْطُوهُ، يَا عِبَادَ اللّهِ! أَقْرِضُوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memiliki dua anak perempuan, dua kakak, dua ibu saudara sebelah ayah, dua ibu saudara sebelah ibu dan dia bertanggungjawab menguruskan mereka, maka akan dibuka baginya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah! Bantulah dia (sekiranya dia memerlukan pertolongan, yakni lelaki yang memiliki ahli keluarga perempuan seperti yang disebutkan). Wahai hamba Allah! Berikanlah dia (sekiranya dia meminta sesuatu). Wahai hamba Allah! Pinjamkanlah kepadanya (sekiranya dia meminta atau memerlukan hutang
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Jiddan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1651, hadis no. 8344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جداً) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال صلى الله عليه وسلم: ((من كن له ابنتان أو أختان أو عمتان أو خالتان فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة، يا عباد الله! أغيثوه، يا عباد الله! أعطوه، يا عباد الله أقرضوه)). [طس، ((الضعيفة)) (6862)].
(Sangat Munkar) Daripada 'Aisyah RA berkata: Nabi SAW telah bersabda: ((Barang siapa yang memiliki dua anak perempuan, dua kakak, dua ibu saudara sebelah ayah, dua ibu saudara sebelah ibu dan dia bertanggungjawab menguruskan mereka, maka akan dibuka baginya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah! Bantulah dia (sekiranya dia memerlukan pertolongan, yakni lelaki yang memiliki ahli keluarga perempuan seperti yang disebutkan). Wahai hamba Allah! Berikanlah dia (sekiranya dia meminta sesuatu). Wahai hamba Allah! Pinjamkanlah kepadanya (sekiranya dia meminta atau memerlukan hutang)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6862].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman