Barang siapa yang membuka tudung seorang wanita

TEKS BAHASA ARAB

من كشف خمار امرأة ونظر إليها فقد وجب الصداق، دخل بها أولم يدخل بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membuka tudung seorang wanita kemudian dia melihatnya, maka dia wajib memberikan mahar (buat wanita itu), samada dia telah menyetubuhinya atau tidak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis nombor 4727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن محمد بن عبدالرحمن بن ثوبان، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من كشف خمار امرأة ونظر إليها فقد وجب الصداق، دخل بها أولم يدخل بها)).
[قط، ((الضعيفة)) (1019)].

(Lemah)
Daripada Muhammad bin Abdul Rahman bin Thawban dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa yang membuka tudung seorang wanita kemudian dia melihatnya, maka dia wajib memberikan mahar (buat wanita itu), samada dia telah menyetubuhinya atau tidak.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 1019].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs