Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ كشفَ خِمَارَ امرأةٍ ونظر إِليها فقد وَجَبَ الصداقُ، دخلَ بها أولم يدخل بها.ِ
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membuka tudung seorang wanita kemudian dia melihatnya, maka dia wajib memberikan mahar (buat wanita itu), samada dia telah menyetubuhinya atau tidak.
Sahabat Perawi
- Muhammad bin Abdul Rahman bin Thawban
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis no. 4727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن عبدالرحمن بن ثوبان، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من كشف خمار امرأة ونظر إليها فقد وجب الصداق، دخل بها أولم يدخل بها. [قط، الضعيفة (1019)].
(Lemah) Daripada Muhammad bin Abdul Rahman bin Thawban dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa yang membuka tudung seorang wanita kemudian dia melihatnya, maka dia wajib memberikan mahar (buat wanita itu), samada dia telah menyetubuhinya atau tidak. [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 1019].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman