Barang siapa yang membuat kejahatan maka Allah akan membalasnya di dunia

TEKS BAHASA ARAB

من يعمل سوءا يجز به في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membuat kejahatan maka Allah akan membalasnya di dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1725, hadis nombor 8675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مجاهد قال: قال لي عبد الله ابن عمر: " انظر إلى المكان الذي فيه ابن الزبير مصلوبا، فلا تمرن عليه. قال: فسها الغلام، فإذا عبد الله بن عمر ينظر إلى ابن الزبير، فقال: يغفر الله لك ( ثلاثا) ، أما والله ما علمتك إلا صواما قواما وصالا للرحم، أما والله إني لأرجومع مساوي ما أصبت أن لا يعذبك الله بعدها، قال: ثم التفت إلي فقال: سمعت أبا بكر الصديق يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من يعمل سوءا يجز به في الدنيا)). [ك، عد، حم، ((الضعيفة)) (1494)].

(Lemah)
Daripada Mujahid beliau berkata: Abdullah Bin Umar telah berkata kepadaku: Lihatlah tempat di mana Ibn al-Zubair disalib, maka janganlah kamu jalan padanya. Dia berkata: Lalu pemuda itu cuai. Dan ketika Abdullah Bin Umar melihat ke arah Ibn al-Zubair, dia berkata: Semoga Allah mengampunimu (sebanyak tiga kali). Demi Allah! aku tidak mengenalimu melainkan kamu adalah orang yang kuat berpuasa, qiyam dan bersilaturrahim, dan demi Allah sesungguhnya aku memohon bersama keburukan yang telah menimpa kamu agar Allah tidak mengazabmu selepasnya. Dia berkata: Kemudian dia berpaling kepadaku dan berkata: Aku telah mendengar Abu Bakar al-Siddiq berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membuat kejahatan maka Allah akan membalasnya di dunia)).
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1494].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs