Barang siapa yang memberikan saudaranya sesuatu yang diinginkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من وافق من أخيه شهوة؛ غفر الله له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memberikan saudaranya sesuatu yang diinginkannya, nescaya Allah akan mengampuninya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis nombor 2058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعا: «من وافق من أخيه شهوة؛ غفر الله له». [عق، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (105)].

(Palsu) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Barang siapa yang memberikan saudaranya sesuatu yang diinginkannya, nescaya Allah akan mengampuninya". [Riwayat al-‘Uqayli dan Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 105].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.