Barang siapa yang memberi saudaranya makan roti sehingga membuatkannya kenyang

TEKS BAHASA ARAB

من أطعم أخاه خبزا حتى يشبعه، وسقاه ماء حتى يرويه؛ بعده الله عن النار سبع خنادق، بعد ما بين خندقين مسيرة خمس مئة سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memberi saudaranya makan roti sehingga membuatkannya kenyang dan memberikannya minum sehingga menghilangkan dahaganya, nescaya Allah akan jauhkan dia daripada api neraka sejauh tujuh parit. Jarak antara dua parit ialah sejauh perjalanan lima ratus tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis nombor 2055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمرو بن العاص – رضي الله عنهما – مرفوعا: «مَن أَطْعَمَ أخاه خبزًا حتى يُشْبِعَه، وسقاه ماءً حتى يَرْوِيَه؛ بعَّده اللهُ عن النارِ سبعَ خنادقَ، بُعْدُ ما بين خَنْدَقَيْنِ مَسِيرةُ خَمسِ مئةِ سنةٍ». [الدولابي، الفسوي، ابن عبد الحكم في «فتوح مصر»، ك، طس، ابن عساكر، «الضعيفة» (70)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Barang siapa yang memberi saudaranya makan roti sehingga membuatkannya kenyang dan memberikannya minum sehingga menghilangkan dahaganya, nescaya Allah akan jauhkan dia daripada api neraka sejauh tujuh parit. Jarak antara dua parit ialah sejauh perjalanan lima ratus tahun". [Riwayat al-Dawlabi, al-Fasawi, Ibn ‘Abd al-Hakam dalam kitab Futuh Misr, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 70].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs