Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَطْعَمَ أخاه خبزًا حتى يُشْبِعَه، وسقاه ماءً حتى يَرْوِيَه؛ بعَّده اللهُ عن النارِ سبعَ خنادقَ، بُعْدُ ما بين خَنْدَقَيْنِ مَسِيرةُ خَمسِ مئةِ سنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memberi saudaranya makan roti sehingga membuatkannya kenyang dan memberikannya minum sehingga menghilangkan dahaganya, nescaya Allah akan jauhkan dia daripada api neraka sejauh tujuh parit. Jarak antara dua parit ialah sejauh perjalanan lima ratus tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis no. 2055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمرو بن العاص - رضي الله عنهما - مرفوعا: «مَن أَطْعَمَ أخاه خبزًا حتى يُشْبِعَه، وسقاه ماءً حتى يَرْوِيَه؛ بعَّده اللهُ عن النارِ سبعَ خنادقَ، بُعْدُ ما بين خَنْدَقَيْنِ مَسِيرةُ خَمسِ مئةِ سنةٍ». [الدولابي، الفسوي، ابن عبد الحكم في «فتوح مصر»، ك، طس، ابن عساكر، «الضعيفة» (70)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Barang siapa yang memberi saudaranya makan roti sehingga membuatkannya kenyang dan memberikannya minum sehingga menghilangkan dahaganya, nescaya Allah akan jauhkan dia daripada api neraka sejauh tujuh parit. Jarak antara dua parit ialah sejauh perjalanan lima ratus tahun". [Riwayat al-Dawlabi, al-Fasawi, Ibn ‘Abd al-Hakam dalam kitab Futuh Misr, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 70].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman