Barang siapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa di bulan Ramadan daripada hartanya yang halal

TEKS BAHASA ARAB

من فطر صائما في رمضان من كسب حلال، صلت عليه الملائكة ليالي رمضان كلها، وصافحه جبريل، ومن يصافحه جبريل يرق قلبه، وتكثر دموعه. قال رجل: يا رسول الله! فإن لم يكن ذاك عنده؟ قال: قبضة من طعام. قال: أرأيت من لم يكن ذاك عنده؟ قال: ففلقة خبز. قال: أفرأيت إن لم يكن ذاك عنده؟ قال:«فمذقة من لبن». قال: أفرأيت من لم يكن ذاك عنده؟ قال: فشربة من ماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa di bulan Ramadan daripada hartanya yang halal, para malaikat akan berselawat kepadanya pada setiap malam di dalam bulan Ramadan, dan malaikat Jibril akan berjabat tangan dengannya, dan Barang siapa yang telah berjabat tangan dengannya maka air matanya akan menjadi banyak dan jiwanya akan menjadi lembut." Lalu seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah, jika dia tidak mampu untuk memberikan makan kepada orang yang berpuasa?." Lalu Baginda menjawab: "Cukuplah dengan segenggam makanan sahaja." Lalu dia berkata lagi: "Jika dia tidak mampu untuk memberikan segenggam daripada makanan?". "Maka cukuplah hanya dengan sepotong roti ataupun secebis roti." Lalu lelaki tersebut berkata: "Jika dia tidak mampu juga untuk memberikan sepotong ataupun secebis roti tersebut?." Maka Baginda menjawab: "Cukuplah dengan seteguk susu." Lalu lelaki itu berkata lagi: "Jika dia tidak mampu untuk memberikan seteguk susu?." Maka Baginda menjawab: "Cukuplah dengan seteguk air."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis nombor 5718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمان الفارسي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «من فطر صائما في رمضان من كسب حلال، صلت عليه الملائكة ليالي رمضان كلها، وصافحه جبريل، ومن يصافحه جبريل يرق قلبه، وتكثر دموعه». قال رجل: يا رسول الله! فإن لم يكن ذاك عنده؟ قال: «قبضة من طعام». قال: أرأيت من لم يكن ذاك عنده؟ قال: «ففلقة خبز». قال: أفرأيت إن لم يكن ذاك عنده؟ قال:«فمذقة من لبن». قال: أفرأيت من لم يكن ذاك عنده؟ قال: " فشربة من ماء». [عد، «الضعيفة» (1333)].

(Lemah)
Daripada Salman al-Farisi RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah berkata: "Barang siapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa di bulan Ramadan daripada hartanya yang halal, para malaikat akan berselawat kepadanya pada setiap malam di dalam bulan Ramadan, dan malaikat Jibril akan berjabat tangan dengannya, dan Barang siapa yang telah berjabat tangan dengannya maka air matanya akan menjadi banyak dan jiwanya akan menjadi lembut." Lalu seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah, jika dia tidak mampu untuk memberikan makan kepada orang yang berpuasa?." Lalu Baginda menjawab: "Cukuplah dengan segenggam makanan sahaja." Lalu dia berkata lagi: "Jika dia tidak mampu untuk memberikan segenggam daripada makanan?". "Maka cukuplah hanya dengan sepotong roti ataupun secebis roti." Lalu lelaki tersebut berkata: "Jika dia tidak mampu juga untuk memberikan sepotong ataupun secebis roti tersebut?." Maka Baginda menjawab: "Cukuplah dengan seteguk susu." Lalu lelaki itu berkata lagi: "Jika dia tidak mampu untuk memberikan seteguk susu?." Maka Baginda menjawab: "Cukuplah dengan seteguk air."
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1333].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs