Barang siapa yang memberi makan saudaranya dengan sesuap manisan

TEKS BAHASA ARAB

من لقم أخاه لقمة حلواء، ولم يكن ذلك مخافة من شره، ولا رجاء لخيره؛ صرف الله عنه سبعين بلوى في القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memberi makan saudaranya dengan sesuap manisan, dan demikian itu bukan kerana takut akan kejahatannya, serta bukan pula kerana mengharapkan kebaikannya, nescaya Allah akan memalingkan tujuh puluh bala daripadanya pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 429, hadis nombor 2312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من لقم أخاه لقمة حلواء، ولم يكن ذلك مخافة من شره، ولا رجاء لخيره؛ صرف الله عنه سبعين بلوى في القيامة». [خط، «الضعيفة» (6196)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Barang siapa yang memberi makan saudaranya dengan sesuap manisan, dan demikian itu bukan kerana takut akan kejahatannya, serta bukan pula kerana mengharapkan kebaikannya, nescaya Allah akan memalingkan tujuh puluh bala daripadanya pada hari kiamat. [Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6196].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs