Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat akan diampunkan baginya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ سورة (يس) في ليلة الجمعة؛ غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat akan diampunkan baginya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1523, hadis nombor 7741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه- مرفوعا: من قرأ سورة (يس) في ليلة الجمعة؛ غفر له.

[الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5111)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat akan diampunkan baginya.

[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5111]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs