Barang siapa yang membaca surah “Yaasin” yang diinginkan daripadanya hanyalah Allah akan diampunkan oleh Allah baginya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ (يس) يريد بها الله؛ غفر الله له، وأعطي من الأجر كأنما قرأ القرآن اثنتي عشرة مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca surah “Yaasin” yang diinginkan daripadanya hanyalah Allah akan diampunkan oleh Allah baginya serta diberikan ganjaran sepertimana dia membaca al-Quran sebanyak dua belas kali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1496, hadis nombor 7630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بن كعب مرفوعاً: من قرأ (يس) يريد بها الله؛ غفر الله له، وأعطي من الأجر كأنما قرأ القرآن اثنتي عشرة مرة. وأيما مريض قرىء عنده سورة (يس) ؛ نزل عليه بعدد كل حرف عشرة أملاك، يقومون بين يديه صفوفاً؛ فيصلون ويستغفرون له، ويشهدون قبضه وغسله، ويتبعون جنازته ويصلون عليه، ويشهدون دفنه. وأيما مريض قرأ سورة (يس) وهو في سكرات الموت؛ لم يقبض ملك الموت روحه حتى يجيئه رضوان خازن الجانا بشربة من الجنة؛ فيشربها وهو على فراشه، فيموت وهو ريان، ولا يحتاج إلى حوض من حياض الأنبياء؛ حتى يدخل الجنة وهو ريان. [الثعلبي، ((الضعيفة)) (4636)]

(Palsu) Daripada Ubay bin Ka’ab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca surah Yasin yang diinginkan daripadanya hanyalah Allah akan diampunkan oleh Allah baginya serta diberikan ganjaran sepertimana dia membaca al-Quran sebanyak dua belas kali. Dan mana-mana orang yang sakit apabila dibaca surah Yasin ini di sisinya akan turun kepadanya mengikut bilangan setiap huruf bersamaan sepuluh malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam bentuk saf lalu mereka akan berselawat dan beristighfar kepadanya serta mereka akan menyaksikan ketika diambil nyawanya, dimandikannya, mengikuti jenazahnya, menyembahyangkannya serta menyaksikan pengebumiannya. Dan mana-mana orang yang sakit apabila membaca surah Yasin ini ketika dalam keadaan sakarat (hendak meninggal dunia), tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datangnya malaikat Ridwan yang merupakan penjaga syurga dengan membawa minuman dari syurga lalu dia meminumnya ketika berada di atas katilnya. Kemudian dia meninggal dunia ketika dia dalam keadaan tidak kehausan dan dia tidak berhajat kepada telaga daripada telaga-telaga para nabi sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tidak kehausan. [al-Tha’labi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4636]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs