Barang siapa yang membaca surah “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” sebanyak seratus kali

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ "قل هو الله أحد" مئة مرة؛ غفر الله له خطيئته خمسين عاماً؛ ما اجتنب خصالاً أربعاً: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca surah “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” sebanyak seratus kali akan diampunkan oleh Allah dosa-dosanya selama lima puluh tahun selagimana dia menjauhi empat perkara ini: darah, harta, faraj dan makan serta minuman (dari sumber yang haram).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1496, hadis nombor 7629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك مرفوعاً: من قرأ "قل هو الله أحد" مئة مرة؛ غفر الله له خطيئته خمسين عاماً؛ ما اجتنب خصالاً أربعاً: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4635)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca surah “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” sebanyak seratus kali akan diampunkan oleh Allah dosa-dosanya selama lima puluh tahun selagi mana dia menjauhi empat perkara ini: darah, harta, faraj dan makan serta minuman (dari sumber yang haram). [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.