Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأ "قل هو الله أحد" مئة مرة؛ غفر الله له خطيئته خمسين عاماً؛ ما اجتنب خصالاً أربعاً: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca surah “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” sebanyak seratus kali akan diampunkan oleh Allah dosa-dosanya selama lima puluh tahun selagimana dia menjauhi empat perkara ini: darah, harta, faraj dan makan serta minuman (dari sumber yang haram).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1496, hadis no. 7629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك مرفوعاً: من قرأ "قل هو الله أحد" مئة مرة؛ غفر الله له خطيئته خمسين عاماً؛ ما اجتنب خصالاً أربعاً: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4635)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca surah “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” sebanyak seratus kali akan diampunkan oleh Allah dosa-dosanya selama lima puluh tahun selagi mana dia menjauhi empat perkara ini: darah, harta, faraj dan makan serta minuman (dari sumber yang haram). [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4635]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman