Barang siapa yang membaca surah al-Dukhan pada malam hari Jumaat atau hari Jumaat akan dibina baginya rumah di dalam syurga.

TEKS BAHASA ARAB

مَن قرأَ (حم) الدُّخانَ في ليلةِ الجُمعةِ، أو يومِ الجُمعةِ؛ بنَى اللهُ له بيتًا في الجنَّةِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca surah al-Dukhan pada malam hari Jumaat atau hari Jumaat akan dibina baginya sebuah rumah di dalam syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1754, hadis nombor 8836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((مَن قرأَ (حم) الدُّخانَ في ليلةِ الجُمعةِ، أو يومِ الجُمعةِ؛ بنَى اللهُ له بيتًا في الجنَّةِ.)) [الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5112)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang membaca surah (Ha Mim) al-Dukhan pada malam hari Jumaat atau hari Jumaat akan dibina baginya sebuah rumah di dalam syurga.))
[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5112].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs