Barang siapa yang membaca: Sesungguhnya kami telah turunkan padanya malam al-Qadr. (Al-Qadr: 1)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرأ: (إنا أنزلناه في ليلة القدر)؛ عدلت بربع القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca: Sesungguhnya kami telah turunkan padanya malam al-Qadr. (Al-Qadr: 1), ia diumpamakan sebagai satu perempat daripada al-Quran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis nombor 7724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من قرأ: (إنا أنزلناه في ليلة القدر)؛ عدلت بربع القرآن)). [ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (5324)].

(Palsu)
Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Barang siapa yang membaca: Sesungguhnya kami telah turunkan padanya malam al-Qadr. (Al-Qadr: 1), ia diumpamakan sebagai satu perempat daripada al-Quran.”
[Riwayat Ibn Nasr di dalam kitab Qiyam al-Lail, Silsilah al-Da’ifah (5324].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.