Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأَ: (إِِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيلةِ القَدْرِ)؛ عُدِّلَتْ بِرُبُعِِ الْقُرْآنِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca: Sesungguhnya kami telah turunkan padanya malam al-Qadr. (Al-Qadr: 1), ia diumpamakan sebagai satu perempat daripada al-Quran.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis no. 7724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((من قرأ: (إنا أنزلناه في ليلة القدر)؛ عدلت بربع القرآن)). [ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (5324)].
(Palsu) Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Barang siapa yang membaca: Sesungguhnya kami telah turunkan padanya malam al-Qadr. (Al-Qadr: 1), ia diumpamakan sebagai satu perempat daripada al-Quran.” [Riwayat Ibn Nasr di dalam kitab Qiyam al-Lail, Silsilah al-Da'ifah (5324].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman