Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

1- من قرأ عشر آيات في ليلة لم يكتب من الغافلين. 2- ومن قرأ مائة آية كتب له قنوت ليلة. 3- ومن قرأ مئتي آية كتب من القانتين. 4- ومن قرأ أربع مائة آية كتب من العابدين. 5- ومن قرأ خمس مائة آية كتب من الحافظين. 6- ومن قرأ ست مائة آية كتب من الخاشعين. 7- ومن قرأ ثمان مائة آية كتب من المخبتين. 8- ومن قرأ ألف آية أصبح له قنطار، والقنطار ألف ومئتا أوقية، الأوقية خير مما بين السماء والأرض، أو قال: مما طلعت عليه الشمس. 9- ومن قرأ ألفي آية كان من الموجبين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

1. Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pada waktu malam, maka dia tidak ditulis daripada golongan orang-orang yang alpa. 2. Dan barang siapa yang membaca sebanyak seratus ayat, dituliskan baginya qunut (ibadah) satu malam. 3. Barang siapa yang membaca dua ratus ayat, ditulis baginya daripada kalangan orang-orang yang taat. 4. Barang siapa yang membaca empat ratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang menyembah Allah. 5. Barang siapa yang membaca lima ratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang menjaga. 6. Barang siapa yang membaca seratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang khusyuk. 7. Barang siapa yang membaca lapan ratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang merendah diri. 8. Barang siapa yang membaca satu ribu ayat, maka ditulis baginya 1 qintar, dan qintar umpama satu ribu dua ratus uqiyah, dan ia adalah lebih baik daripada apa yang ada di langit dan di bumi – atau: daripada apa yang terkena cahaya matahari – . 9. Barang siapa yang membaca dua ribu ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang menyahut seruan (Tuhannya).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1600, hadis nombor 8078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا التمام) عن أبي أمامة قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: (1 – مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ فِي لَيْلَةٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِينَ. 2 – وَمَنْ قَرَأَ مِائَةَ آيَةٍ كُتِبَ لَهُ قُنُوتُ لَيْلَةٍ. 3 – وَمَنْ قَرَأَ مِئَتَيْ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْقَانِتِينَ. 4 – وَمَنْ قَرَأَ أَرْبَعَ مِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْعَابِدِينَ. 5 – وَمَنْ قَرَأَ خَمْسَ مِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْحَافِظِينَ. 6 – وَمَنْ قَرَأَ سِتَّ مِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْخَاشِعِينَ. 7 – وَمَنْ قَرَأَ ثَمَانِ مِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْمُخْبِتِينَ. 8 – وَمَنْ قَرَأَ أَلْفَ آيَةٍ أَصْبَحَ لَهُ قِنْطَارٌ، وَالْقِنْطَارُ أَلْفٌ وَمِئَتَا أُوقِيَّةٍ، الأُوقِيَّةُ خَيْرٌ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، أَوْ قَالَ: مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ. 9 – وَمَنْ قَرَأَ أَلْفَيْ آيَةٍ كَانَ مِنَ الْمُوجِبِينَ). [طب، ((الضعيفة)) (6624)].

(Sangat Munkar dengan lafaz ini seluruhnya)
Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((1. Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pada waktu malam, maka dia tidak ditulis daripada golongan orang-orang yang alpa. 2. Dan barang siapa yang membaca sebanyak seratus ayat, dituliskan baginya qunut (ibadah) satu malam. 3. Barang siapa yang membaca dua ratus ayat, ditulis baginya daripada kalangan orang-orang yang taat. 4. Barang siapa yang membaca empat ratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang menyembah Allah. 5. Barang siapa yang membaca lima ratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang menjaga. 6. Barang siapa yang membaca seratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang khusyuk. 7. Barang siapa yang membaca lapan ratus ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang merendah diri. 8. Barang siapa yang membaca satu ribu ayat, maka ditulis baginya 1 qintar, dan qintar umpama satu ribu dua ratus uqiyah, dan ia adalah lebih baik daripada apa yang ada di langit dan di bumi – atau: daripada apa yang terkena cahaya matahari – . 9. Barang siapa yang membaca dua ribu ayat, maka dia ditulis daripada golongan orang-orang yang menyahut seruan (Tuhannya).))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6624].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs