Barang siapa yang membaca selepas solat subuh (dalam keadaan kakinya berlipat sebelum dia berkata)

TEKS BAHASA ARAB

من قال بعد صلاة الصبح – وهو ثان رجله قبل أن يتكلم -: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير – عشر مرات -؛ كتب له بكل مرة عشر حسنات، ومحي عنه عشر سيئات، ورفع له عشر درجات، وكنّ في يومه ذلك حرزاً من كل مكروه، وحرزاً من الشيطان الرجيم، وكان له بكل مرة عتق رقبة من ولد إسماعيل، عن كل رقبة اثنا عشر ألفاً، ولم يلحقه يومئذ ذنب إلا الشرك بالله. ومن قال ذلك بعد صلاة المغرب؛ كان له مثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca selepas solat subuh (dalam keadaan kakinya berlipat sebelum dia berkata) “Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara” sebanyak 10 kali maka dituliskan bagi setiap kali yang dibaca sebanyak 10 kebaikan dan dipadamkan darinya 10 kejahatan serta dinaikkan baginya sebanyak 10 darjat. Jadilah dia pada hari tersebut terpelihara daripada setiap perkara yang tidak baik dan juga syaitan yang direjam. Baginya setiap kali yang dibaca (pahala) membebaskan tengkuk (hamba dari kalangan) anak nabi Ismail, setiap tengkuk (bersamaan) 12 ribu orang, dan tidak akan bertemunya satu dosa pun pada hari tersebut melainkan (dosa) syirik kepada Allah. Barang siapa yang mengucapkannya selepas solat Maghrib, baginya (ganjaran) sama seperti itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis nombor 7708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع). عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من قال بعد صلاة الصبح – وهو ثان رجله قبل أن يتكلم -: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير – عشر مرات -؛ كتب له بكل مرة عشر حسنات، ومحي عنه عشر سيئات، ورفع له عشر درجات، وكنّ في يومه ذلك حرزاً من كل مكروه، وحرزاً من الشيطان الرجيم، وكان له بكل مرة عتق رقبة من ولد إسماعيل، عن كل رقبة اثنا عشر ألفاً، ولم يلحقه يومئذ ذنب إلا الشرك بالله. ومن قال ذلك بعد صلاة المغرب؛ كان له مثل ذلك).[طس، وفي ((مسند الشاميين، ((الضعيفة)) (5314)].

(Palsu) Daripada Abi Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat subuh (dalam keadaan kakinya berlipat sebelum dia berkata),

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحيِيْ وَيُمِيتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara)
sebanyak 10 kali maka dituliskan bagi setiap kali yang dibaca sebanyak 10 kebaikan dan dipadamkan darinya 10 kejahatan serta dinaikkan baginya sebanyak 10 darjat. Jadilah dia pada hari tersebut terpelihara daripada setiap perkara yang tidak baik dan juga syaitan yang direjam. Baginya setiap kali yang dibaca (pahala) membebaskan tengkuk (hamba dari kalangan) anak nabi Ismail, setiap tengkuk (bersamaan) 12 ribu orang, dan tidak akan bertemunya satu dosa pun pada hari tersebut melainkan (dosa) syirik kepada Allah. Barang siapa yang mengucapkannya selepas solat Maghrib, baginya (ganjaran) sama seperti itu.” [al-Tabarani dalam al-Awsat, dan di dalam Musnad al-Shamiyyin, Silsilah al-Daifah (5314)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

LAPORAN KESILAPAN

Status hadis ini dilaporkan tersilap, namun setelah disemak, statusnya memang dinilai palsu namun ada hadis sahih yang menyerupainya iaitu hadis Abu Umamah al-Bahili RA, rujuk Silsilah al-Sahihah: 2664.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs