Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ بَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَهُ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحيِيْ وَيُمِيتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَ لَهُ بِكُلِّ مَرَّةٍ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكُنَّ لَهُ فِي يَوْمِهِ ذَلِكَ حِرْزًا مِنَ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحِرْسًا مِنْ الشَّيْطِانِ الرَّجِيمِ وَكَانَ لَهُ بِكُلِّ مَرَّةٍ عِتْقُ رَقْبَةٍ مِنَ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ عَنْ كُلِّ رَقْبَةٍ اثْنَا عَشْرَ أْلْفًا وَلَمْ يَلْحَقْْهُ يَوْمَئِذٍ ذَنْبٌ إِلَّا الشِّرْكَ بِاللَّهِ، وَمَنْ قَالَ ذَلَك بَعْدَ صَلَاةِ المَغْرِبِ كَانَ لَهُ مِثْلُ ذَلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca selepas solat subuh (dalam keadaan kakinya berlipat sebelum dia berkata) "Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara" sebanyak 10 kali maka dituliskan bagi setiap kali yang dibaca sebanyak 10 kebaikan dan dipadamkan darinya 10 kejahatan serta dinaikkan baginya sebanyak 10 darjat. Jadilah dia pada hari tersebut terpelihara daripada setiap perkara yang tidak baik dan juga syaitan yang direjam. Baginya setiap kali yang dibaca (pahala) membebaskan tengkuk (hamba dari kalangan) anak nabi Ismail, setiap tengkuk (bersamaan) 12 ribu orang, dan tidak akan bertemunya satu dosa pun pada hari tersebut melainkan (dosa) syirik kepada Allah. Barang siapa yang mengucapkannya selepas solat Maghrib, baginya (ganjaran) sama seperti itu.
Sahabat Perawi
- Abu Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis no. 7708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع). عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من قال بعد صلاة الصبح - وهو ثان رجله قبل أن يتكلم -: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير - عشر مرات -؛ كتب له بكل مرة عشر حسنات، ومحي عنه عشر سيئات، ورفع له عشر درجات، وكنّ في يومه ذلك حرزاً من كل مكروه، وحرزاً من الشيطان الرجيم، وكان له بكل مرة عتق رقبة من ولد إسماعيل، عن كل رقبة اثنا عشر ألفاً، ولم يلحقه يومئذ ذنب إلا الشرك بالله. ومن قال ذلك بعد صلاة المغرب؛ كان له مثل ذلك).[طس، وفي ((مسند الشاميين، ((الضعيفة)) (5314)].
(Palsu) Daripada Abi Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat subuh (dalam keadaan kakinya berlipat sebelum dia berkata), لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحيِيْ وَيُمِيتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara) sebanyak 10 kali maka dituliskan bagi setiap kali yang dibaca sebanyak 10 kebaikan dan dipadamkan darinya 10 kejahatan serta dinaikkan baginya sebanyak 10 darjat. Jadilah dia pada hari tersebut terpelihara daripada setiap perkara yang tidak baik dan juga syaitan yang direjam. Baginya setiap kali yang dibaca (pahala) membebaskan tengkuk (hamba dari kalangan) anak nabi Ismail, setiap tengkuk (bersamaan) 12 ribu orang, dan tidak akan bertemunya satu dosa pun pada hari tersebut melainkan (dosa) syirik kepada Allah. Barang siapa yang mengucapkannya selepas solat Maghrib, baginya (ganjaran) sama seperti itu.” [al-Tabarani dalam al-Awsat, dan di dalam Musnad al-Shamiyyin, Silsilah al-Daifah (5314].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman