Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأَ بعد صلاةِ الجمعةِ { قل هو الله أحد } و{ قل أعوذ برب الفلق } و{ قل أعوذ برب الناس } سبعَ مراتٍ ؛ أجاره اللهُ بها من السوءِ إلى الجمعةِ الأُخرى.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca selepas solat Jumaat {Qul Huwa Allahu Ahad}, {Qul A’uzu Bi Rabb al-Falaq} dan {Qul A‘uzi Bi Rabb al-Nas} sebanyak tujuh kali, Allah akan lindungi dia dengannya daripada yang perkara buruk hingga ke hari Jumaat akan datang.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1855, hadis no. 9367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((من قرأَ بعد صلاةِ الجمعةِ { قل هو الله أحد } و{ قل أعوذ برب الفلق } و{ قل أعوذ برب الناس } سبعَ مراتٍ ؛ أجاره اللهُ بها من السوءِ إلى الجمعةِ الأُخرى)). [ابن السني، ابن شاهين، المخلدي في ((الفوائد))، الخلال في ((فضائل سورة الاخلاص))، ((الضعيفة))، (4129)].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca selepas solat Jumaat {Qul Huwa Allahu Ahad}, {Qul A’uzu Bi Rabb al-Falaq} dan {Qul A‘uzi Bi Rabb al-Nas} sebanyak tujuh kali, Allah akan lindungi dia dengannya daripada yang perkara buruk hingga ke hari Jumaat akan datang. [Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Shahin, al-Makhladi dalam kitab al-Fawaid dan al-Khallal dalam kitab Fada’il Surat al-Ikhlas. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4129].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman