Barang siapa yang membaca selepas mendirikan solat: Maha suci Allah yang Agung

TEKS BAHASA ARAB

من قال في دبر الصلاة: سبحان الله العظيم وبحمده، لا حول ولا قوة إلا بالله؛ قام مغفوراً له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca selepas mendirikan solat: Maha Suci Allah yang Agung dan (segala) pujian bagiNya, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, maka ketika dia bangun, dosa-dosanya akan diampunkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1516, hadis nombor 7716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال في دبر الصلاة: سبحان الله العظيم وبحمده، لا حول ولا قوة إلا بالله؛ قام مغفوراً له)). [البزار، ((الضعيفة)) (5136)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang membaca selepas mendirikan solat: Maha Suci Allah yang Agung dan (segala) pujian bagiNya, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, maka ketika dia bangun, dosa-dosanya akan diampunkan.” [Riwayat al-Bazzar, Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5136].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs