Barang siapa yang membaca satu ribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan menulis baginya tempatnya bersama para Nabi

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ ألف آية في سبيل الله؛ كتبه الله مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca satu ribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan menulis baginya tempatnya bersama para Nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ serta orang-orang yang soleh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis nombor 7723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاذ الجهني -رضي الله عنه- مرفوعاً: (من قرأ ألف آية في سبيل الله؛ كتبه الله مع النبين والصديقين والشهداء والصالحين). [ع، ك، هق، ((الضعيفة)) (5207)].

(Munkar)
Daripada Mu’az al-Juhani RA: “Barang siapa yang membaca satu ribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan menulis baginya tempatnya bersama para Nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ serta orang-orang yang soleh.”
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5207].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.