Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَرَأَ أَلْفَ آيَةٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؛ كَتَبَهُ اللهُ مَعَ النَّبيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca satu ribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan menulis baginya tempatnya bersama para Nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ serta orang-orang yang soleh.
Sahabat Perawi
- Muaz al-Juhani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis no. 7723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاذ الجهني -رضي الله عنه- مرفوعاً: (من قرأ ألف آية في سبيل الله؛ كتبه الله مع النبين والصديقين والشهداء والصالحين). [ع، ك، هق، ((الضعيفة)) (5207)].
(Munkar) Daripada Mu’az al-Juhani RA: “Barang siapa yang membaca satu ribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan menulis baginya tempatnya bersama para Nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ serta orang-orang yang soleh.” [Riwayat Abi Ya’la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5207].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman