Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang membaca Qul Huwa Allahu Ahad sebanyak tiga kali umpama dia membaca al-Quran keseluruhannya

Teks Bahasa Arab

من قرأ "قل هو الله أحد" ثلاث مرات؛ فكأنما قرأ القرآن أجمع.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang membaca “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa” sebanyak tiga kali umpama dia membaca al-Quran keseluruhannya.

Sahabat Perawi

  1. Raja' al-Ganawi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1496, hadis no. 7628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن رجاء الغنوي يقول: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: من قرأ "قل هو الله أحد" ثلاث مرات؛ فكأنما قرأ القرآن أجمع. [عق، الخلال في (( فضائل "قل هو الله أحد"))، ((الضعيفة)) (4634)]

(Sangat Lemah) Daripada Raja’ al-Ghanawiy berkata: Rasulullah SAW berkata: Barang siapa yang membaca قل هو الله أحد “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa” sebanyak tiga kali umpama dia membaca al-Quran keseluruhannya. [Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du’afa', al-Khallal dalam Fada'il Qul Huwa Allahu Ahad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4634]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.