Barang siapa yang membaca pada waktu malam: Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في ليلة: {فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا}؛ كان له نور من (عدن أبين) إلى مكة حشوه الملائكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca pada waktu malam: {Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan siapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya} [Surah al-Kahf ayat 110]; baginya cahaya dari ‘Adn Abyan (nama wilayah di Yaman) hingga ke Mekah yang dipenuhi oleh para malaikat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis nombor 7828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ في ليلة: {فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا}؛ كان له نور من (عدن أبين) إلى مكة حشوه الملائكة)). [البزار، ((الضعيفة)) (5856)]

(Munkar)
Daripada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca pada waktu malam: {Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan siapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya} [Surah al-Kahf ayat 110]; baginya cahaya dari ‘Adn Abyan (nama wilayah di Yaman) hingga ke Mekah yang dipenuhi oleh para malaikat.
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5856]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs