Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأ في ليلةٍ: {فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعَبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا}؛ كان له نورٌ من (عَدَنِ أَبْيَنَ) إلى مكةَ حشوُه الملائكةُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca pada waktu malam: {Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan siapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya} [Surah al-Kahf ayat 110]; baginya cahaya dari ‘Adn Abyan (nama wilayah di Yaman) hingga ke Mekah yang dipenuhi oleh para malaikat.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis no. 7828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ في ليلة: {فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا}؛ كان له نور من (عدن أبين) إلى مكة حشوه الملائكة)). [البزار، ((الضعيفة)) (5856)]
(Munkar) Daripada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca pada waktu malam: {Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan siapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya} [Surah al-Kahf ayat 110]; baginya cahaya dari ‘Adn Abyan (nama wilayah di Yaman) hingga ke Mekah yang dipenuhi oleh para malaikat. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5856]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman