Barang siapa yang membaca pada waktu malam firman Allah SWT: ‘Barangsiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في ليلة: (فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملاً صالحاً ولا يشرك بعبادة ربه أحداً) ؛ كان له نوراً من (أبين) إلى (مكة) ، حشوه الملائكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca pada waktu malam firman Allah SWT: ‘Barangsiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya dengan Tuhannya’ (Al-Kahf: 110), maka baginya cahaya dari Abyan hingga ke Makkah yang mana malaikat mengerumuninya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis nombor 7726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قرأ في ليلة: (فمن كان يرجوا لقاء ربه فليعمل عملاً صالحاً ولا يشرك بعبادة ربه أحداً) ؛ كان له نوراً من (أبين) إلى (مكة) ، حشوة الملائكة)). [البزار، ك، ((الضعيفة)) (5134).

(Lemah)
Daripada Umar Bin Al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang membaca pada waktu malam firman Allah SWT: ‘Barang siapa yang membaca pada waktu malam firman Allah SWT: ‘Barangsiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya dengan Tuhannya' (Al-Kahf: 110), maka baginya cahaya dari Abyan hingga ke Makkah yang mana malaikat mengerumuninya."
[Riwayat al-Bazzar, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5134].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs